Isnin, 17 September 2012

PANTUN


PENGERTIAN PANTUN


Puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813)
Pantun yang popular, bentuknya terbina daripada 4 baris iaitu 2 baris sebagai pembayang maksud dan 2 baris lagi sebagai maksud.

JENIS-JENIS PANTUN
a)      Pantun 2 kerat
Contoh :

Ikan kekek, ikan gelama;
Selamat pagi kepada semua!

b)      Pantun 4 kerat
Contoh:
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

c)       Pantun 6 kerat
Contoh:

Dari Agam ke Kuraitahji,
Makan di jalan buah peria,
Pergi ke hulu Sungai Rokan,
Jika tuan mungkirkan janji,
Tuan dimakan sumpah setia,
Menjadi duyung di lautan.

d)      Pantun 8 kerat
Contoh:

Penuh air didalam kolam
Buat siraman bunga di taman
Mentari terik napak berbalam
Penat bermaian dengan teman
Jangan disimpan hiba dididalam
Nanti sakit tidak tertahan
Saudara kita sesama islam
Dari sejak nabi adam

e)      Pantun 10 kerat
Contoh:

Sakit kepala rasa pening,
Dalam peti ubatnya habis,
Mahu diminta pada siapa,
Hanya dinding di kanan kiri,
Bila jatuh diri berseorangan;
Apabila  hati semakin kering,
Payah sekali mahu menangis,
Bersabar serta timbang rasa,
Hanya mementing diri sendiri,
Semakin jauh tersimpang jalan.

f)       Pantun berkait
Contoh:
Telok Cempedak pantainya rata,
Bergulung ombak datang bertunda;
Bukan mudah mencari harta,
Laut diharung, gunung dilanda.

Bergulung ombak datang bertunda,
Ombak berlalu pantai bertangga;
Laut diharung gunung dilanda,
Setengah bekerja penuh tenaga.



CIRI-CIRI PANTUN 4 KERAT 
YANG BAIK
  1. Mengandungi 4 kerat/baris
  2. Jumlah perkataan sebaris ialah antara 4 – 5 patah perkataan.
  3. Jumlah suku kata sebaris antara 8 – 12 suku kata.
  4. Ada hubungan antara pembayang dan maksud
  5. Bunyi rima akhir pantun itu mestilah sama a, b, a, b
  6. Bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam
  7. Maksud isinya sarat dengan pengajaran. moral, falsafah hidup dan ciri tradisional

FUNGSI PANTUN
  1. Digunakan untuk adat istiadat
  2. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan hasrat hati @ hajat terutama dalam upacara atau majlis.
  3. Sebagai hiburan dan jenaka
  4. Sebagai alat pendidikan
  5. Sebagai alat untuk menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan. Contoh pantun teka-teki, pantun peribahasa
  6. Sebagai alat untuk mendapat gambaran masyarakat melayu, pandangan hidup, harapan, cita-cita-cita, daya estetik dan perspektif masyarakat.

KANDUNGAN PANTUN MELAYU
PEMBAYANG
1.       Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun
2.       Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubungkait dengan pembayang baris berikutnya

MAKSUD/ISI
1.       Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap
  1. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan (tema).
PERKATAAN
1.       Pantun biasanya mempunyai 4 @ 3 perkataan pada setiap baris.
2.        Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

SUKUKATA
1.       Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada 3@ 4 suku kata
  1. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara 8 – 12 suku kata.
  2. Pantun yang baik mempunyai jumlah suku kata yang sama banyak

RIMA @ BUNYI
1.       Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah @ akhir pada tiap-tiap baris pantun
2.       Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap
3.       Rima baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya.
4.       Rima yang baik ialah a,b,a,b dan a, a, a, a
Contoh:
Ba/ik/ ber/ga/las/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/ - bu/li/ ber/ta/li/ be/nang;
Ba/ik/ ber/ba/las/ ba/ik/ ti/dak/,
a/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang.



1 ulasan:

  1. VINTAGE ARTIST - TITIAN ARTIST - TITIAN ARTIST
    TITIAN ARTIST | TITIAN ARTIST. titanium razor TITIAN ARTIST. TITIAN ARTIST · TITIAN ARTIST · TITIAN ARTIST chi titanium flat iron · TITIAN ARTIST · TITIAN ARTIST · TITIAN ARTIST · TITIAN ARTIST titanium linear compensator · titanium hammers TITIAN ARTIST · TITIAN ARTIST · thaitanium TITIAN ARTIST.

    BalasPadam